Assalamualaikum salam 1 Malaysia. Hari ini tanggal 31 Ogos 2010, negara kita Malaysia sudah merdeka selama 53 tahun tanpa sebarang penjajahan. Hari ini juga umat Islam sudah 20 hari berpuasa, menahan lapar, dahaga dan hawa nafsu daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa. Alhamdulillah kita masih dapat bersahur dan berbuka dalam keadaan aman dengan makanan yang sedap-sedap tanpa sebarang ancaman.
Cuba kita renungkan nasib saudara-saudara seislam kita di luar sana yang hidup dalam dunia peperangan. Setiap hari bermandikan darah, dihujani bedilan-bedilan peluru dan dimeriahkan lagi dengan letupan-letupan bunga api daripada misil-misil berpandu. Kita disini masih boleh beribadah di dalam masjid atau pun surau yang serba lengkap tanpa perlu merasa takut akan bahaya yang tak tentu bila akan datang.
Kita ini yang masih kuat di negara yang serba aman ini, marilah kita sama-sama berdoa moga dunia ini akan aman semula, tiada lagi persengketaan, perbalahan antara sesama manusia.Bulan Ramadhan, bulan yang paling diberkati. Mudah-mudahan saudara seislam kita selamat disana.
Semalam kami semua meraikan Hari Merdeka dengan berqiamulail beramai-ramai di masjid. Bermula jam 3 pagi hingga 5 pagi. Kemudian kami bersahur dan menunaikan solat Subuh berjemaah bersama-sama. Walaupun di awal pagi tetapi sambutan sangat menakjubkan. Ibarat suasana bertarawikh.
Kelmarin ahad, kami dibenarkan keluar bandar setelah 3 minggu dikurung dalam kem =P Memandangkan sayangku intan payung tak boleh nak keluar, so aku pun g la keliling KL tu
dengan berjalan. Dari Plaza Rakyat, singgah ke Mydin, berjalan ke Masjid India then ziarah SOGO and jirannya, Pertama Kompleks. Pastu da boring, g naik train lepak kat Masjid sebelah VI kt Hang Tuah, rehat2 jap, pastu jalan g Times Square sebelum round2 kat LowYat. Heheh puas hati! biar! kne jalan jauh2 pun xpe janji dapat tenangkan hati yang sedikit terkilan ni (x dapt jumpe die) hehe.
dengan berjalan. Dari Plaza Rakyat, singgah ke Mydin, berjalan ke Masjid India then ziarah SOGO and jirannya, Pertama Kompleks. Pastu da boring, g naik train lepak kat Masjid sebelah VI kt Hang Tuah, rehat2 jap, pastu jalan g Times Square sebelum round2 kat LowYat. Heheh puas hati! biar! kne jalan jauh2 pun xpe janji dapat tenangkan hati yang sedikit terkilan ni (x dapt jumpe die) hehe.
10 hari lagi nak habis Ramadhan, makesure Zakat dibayar, tiket dah dibeli dan tak hilang, duit sentiasa disimpan ditempat yang selamat, keselamatan diri kene diutamakan, even tercalar sikit pun kene dielakkan and kuih raya make sure lebih 6 balang, cos nnt aku nak datang umah korang beraya bantai kuih raya! hehe!!! Last but not least, jangan lupa isi minyak and kad touch n Go dan bawa kenderaan dengan selamat, ingat orang yang tersayang.
Salam Ramadhan, Salam Merdeka, Salam 1 Malaysia.
Ps : Esok ada test EMF, doa2kan, insyaAllah.
Thank You.
0 loyal reader(s):
Post a Comment